Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam tampil memberikan penjelasan mengenai masa depannya bersama badan pengendali liga tersebut.
Khabar angin mengenai pengunduran dirinya mula tular di media sosial difahamkan mempunyai kaitan dengan beberapa isu yang melanda bola sepak tempatan baru-baru ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Namun, Stuart menjelaskan beliau masih komited bersama MFL dan mahu kekal sehingga kontraknya tamat pada 30 Ogos ini.
“Ramai yang menghubungi saya mengenai khabar angin mengenai kedudukan saya baru-baru ini.
“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini ialah saya komited bersama MFL dan perbincangan sedang berjalan berkaitan kontrak saya yang berakhir pada bulan Ogos.
“Sila ambil perhatian bahawa sebarang perkara rasmi mengenai perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan buat masa ini saya masih komited dengan peranan saya,” jelasnya kepada pihak media.
Stuart Ramalingam mula memainkan peranan selaku CEO MFL pada Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Datuk Hamidin Mohd Amin.
Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh MFL jika terdapat sebarang perubahan pada jawatan CEO pada masa yang akan datang.