Setiap orang memiliki kereta idaman masing-masing. Tidak kiralah sama ada kereta antik, kereta sport ataupun kereta berkuasa tinggi dari Itali.
Pada minggu lalu ada sekumpulan pemilik kereta mewah telah mengadakan sesi menonton filem Fast X di sebuah pusat beli-belah ibu kota.
Salah seorang pemilik kereta mewah yang yurut serta pada malam itu merupakan Opai, suami kepada selebriti terkenal, Fatin Afeefa.
Dalam satu video yang dikongsikan dan dipadam menerusi TikTok @diariseorangtrader, dia ada menyatakan bukan semua kereta boleh join dalam kumpulan mereka. Katanya kategori supercar bermula daripada Nissan GT-R R35 sahaja.
@mohdezat7 Once TPJ Said, ada lawankah anak sultan ni boss 😎🙏🏻 #TPJ #johor #TTJ #tunkuabdulrahman #elite #fypsupercargangmy #diariseoarangtrader @Opai Alpiaw
“Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta AMG, Honda pekak, itu semua bukan supercar.
“Supercar ini paling kurang pun GT-R, itu entry level. Golongan elit. Adalah dua tiga nak masuk tadi. Kita dah halau, kita kata jangan bawa najis dekat sini.
“Tadi ada dua biji Honda FK8R, kita kata – ‘Woi, jangan hina kami!”.
Video yang dikongsikan Opai, pemilik McLaren 570S convert 600LT itu telah mendapat perhatian anakanda Sultan Johor, YAM Tengku Panglima Johor (TPJ).
Dalam satu hantaran Instagram, YAM TPJ menzahirkan rasa sedih dan kecewa setelah melihat video terbabit.
Menurut TPJ, semua kereta mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Tidak kira apa jua kereta yang dipandu, setiap pemandu telah berkerja keras untuk memiliki kereta yang mereka mampu.
“Bersangka baik dan bersyukur sentiasa kerana apa yang Allah berikan kepada kita boleh diambil dengan sekelip mata.
“Mereka yang tidak mampu untuk memandu supercar telah berjimat pendapatan yang mereka dapat untuk beli kereta yang mereka mampu. Mereka telah bekerja keras untuk memiliki kereta! Salam sejahtera kepada semua peminat kereta di luar sana,” petik perkongsian YAM TPJ.
Teguran itu telah disambut baik oleh netizen. Orang ramai menyatakan masing-masing mempunyai rezeki tersendiri dan hargailah tidak kira model kereta apa yang dipandu.
Setakat artikel ini, Opai ada memuat naik video di Instagram Story memohon maaf atas konten video tersebut. Katanya video itu dibuat secara spontan ‘bergurau’ dengan rakan-rakan yang lain.