Nabila Razali mengakui benar benar gembira kerana suaminya, Nik Iruwan seorang yang sangat memahaminya terutama dalam kerjaya nyanyian.

Nabila Razali dan Nik Iruwan bernikah pada 18 November yang lalu. Hanya selepas beberapa minggu Nabila berkongsi gambar Nik Iruwan melamarnya.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika itu ada sesetengah peminat menganggap ianya mungkin cuma gimik. Nabila menafikan itu cuba lagak publisiti dan mengesahkan bahawa dia benar benar dalam proses mahu berkahwin.

Setelah bersama dengan Nik Iruwan sebagai suaminya, Nabila benar benar terharu apabila mengetahui bahawa suaminya benar benar seorang yang memahaminya.

Suaminya juga sangat kuat menyokongnya agar menjadi penyanyi yang hebat dan bagus. Tiada cara lain selain daripada terus memperbaiki mutu nyanyiannya.

Oleh sebab itu suaminya telah mengarahkannya agar pergi menghadiri kelas vokal sebanyak yang mungkin agar dia menjadi penyanyi yang bagus.

Nabila Razali akui dia bersedih apabila berterusan menerima kecaman peminat kerana dianggap tidak cukup bagus dalam nyanyian.

Akhirnya dia dapat meluahkan kesedihannya kepada seseorang yang bergelar suami. Ternyata suaminya benar benar memahami apa yang Nabila Razali perlukan untuk memantapkan lagi nyanyian beliau.

Nabila bercakap kepada portal Mstar Online: “Dia [Nik] selalu cakap, jika awak mahu menjadi penyanyi yang bagus, kamu kena perbaiki diri sendiri.”

“Saya bersyukur, dapat suami yang memahami kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja,” tegas Nabila Razali.

“Dia juga ada cakap supaya saya pergi masuk kelas nyanyian sebanyak mana yang mungkin dan meminta saya agar bekerja keras. Itu yang ditekankannya.”

Oleh kerana suaminya seorang yang sangat menyokong dan memahaminya, maka Nabila Razali bertekad tidak akan menjadikan status dia sebagai wanita sudah berkahwin sebagai alasan untuk tidak meneruskan kerjayanya atau mengurangkan komitmennya ke atas kariernya.

Selain itu Nabila percaya bahawa rezeki akan datang dengan pelbagai cara: “Mungkin saya akan kurang berlakon, tetapi akan banyak menyanyi atau sebaliknya,” tuntas beliau.

Selain itu Nabila Razali juga menegaskan bahawa dia masih kekok dengan status isteri orang. Dan seringkali terkejut ketika dipanggil dengan sapaan ‘Puan’ kerana terlupa dia sudah berkahwin.

Nabila Razali Terlupa Dia Sudah Kahwin