Perlawanan acara bola sepak lelaki di SUKMA 2024 Sarawak diwarnai dengan insiden pergaduhan ketika aksi pasukan tuan rumah menentang Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Skuad kendalian Awangku Shahbuddin gagal untuk mendapat tiga mata selepas hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam aksi Kumpulan D pada Rabu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

WP terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Shairul Aikal Mohamad Nasir pada minit ke-28 sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-59 hasil penyudah pemain gantian Mohamad Faris Mohd Faidillah.

Ketika separuh masa pertama sampai ke penghujung, penjaga gol Sarawak iaitu Faridzuan Pekan bertindak luar kawalan apabila dilihat menendang dan menolak pemain lawan sekaligus terjadi pergaduhan.

Selepas menendang, Faridzuan dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan sebelum menolak seorang lagi pemain lawan sehingga terjatuh. Faridzuan kemudiannya ditenangkan oleh rakan sepasukannya.

Apa yang menjadi perhatian ialah pengadil perlawanan tidak melayangkan kad merah kepada Faridzuan selepas penjaga gol itu melakukan dua kekasaran dalam satu masa.

Selain itu, ramai peminat di laman media sosial yang mengecam tindakan Faridzuan dimana mereka berpendapat insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana acara bola sepak di SUKMA dibarisi oleh pemain muda dan juga akar umbi.

Selepas ini, Sarawak akan dijadualkan bertemu Pahang pada Jumaat bagi menentukan sama ada pasukan tuan rumah berhasil mara ke pusingan seterusnya atau perjalanan hanya terhenti setakat peringkat kumpulan.