Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun 2023.
Cek zakat diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu dan disaksikan oleh Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.
Baca Juga:
- Rim Kereta Sultan Johor Bengkok, Kerajaan Persekutuan Diminta Salur Peruntukan Baiki Jalan Berlubang
- ‘Dia Selalu Bahan JDT Tuanku’ – Netizen Terhibur Lihat MB Kedah Kaku Direnung Tajam Sultan Johor
- ‘Mana Janji-Janji Dato?’ – Video Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Tular
Baginda Tuanku juga berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (GAPET).
Sumbangan cek daripada Baginda Tuanku Sultan diterima oleh Presiden GAPET, Wahib Mohd Yasin pada hari ini (12 April) di Johor Bahru.
Pada tahun 2019 lalu, Sultan Johor berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta dan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.