Nota Editor: Gambar-gambar di dalam artikel ini disumbangkan oleh seorang pembaca The Vocket, Rosman Al-Qadri, seorang usahawan di Thebabystore.com.my. Entri ini telah diterbitkan semula di The Vocket dengan kebenaran beliau. Ikuti kisah surau yang cantik ini di bawah.


Menakjubkan! Ini adalah impression pertama yang kami dapat setelah melihat gambar-gambar ini. Lazimnya, surau-surau di pusat membeli belah bersaiz kecil. Walaupun banyak surau di pusat membeli belah semakin elok, masih ada juga yang meletakkan surau di ceruk yang tidak selesa seperti di basement atau rooftop. Ya, ada juga yang bersaiz ok-lah, di lokasi yang sesuai dan dihias cantik, tetapi setakat ini tiada surau di pusat membeli belah yang dapat menandingi surau di bawah.

Surau ini diberi nama Surau An-Nur.

Ia terletak di tingkat 1, Space U8, Bukit Jelutong,Shah Alam.

Ia mempunyai ruang menunggu yang selesa.

Dengan tempat duduk, untuk anak anda duduk menunggu anda habis solat.

Koridor ini bagai membawa anda ke sebuah spa premium.

Sebenarnya ia membawa anda ke tempat premium merehatkan jiwa, sebuah ruang solat yang selesa.

Sangat tenang dengan tulisan khat menghiasi dinding-dinding koridor.

Dengan bunyi deruan air, sekali lagi anda akan menyangka ini adalah sebuah spa.

Inilah rupanya entrance ke ruangan solat.

Sebelum solat, sudah tentu kita akan mengambil air sembahyang dahulu.

Dengan batu sungai, hiasan ruang wudhuknya pun menepati tema yang ingin dibawa.

Ruangan solat yang besar dan luas.

Dengan pemandangan yang menarik.

Dan kubah-kubah yang menggamit jiwa.

Dan hiasan khat yang diberi nafas muda.

Tenang sangat solat dengan bunyi deruan air.

Setiap hujung minggu, ada bazaar/flea market di sini. Di bawah bumbung ;)

(Kredit: Souqa Souqa)

Sesuai bawa famili di sini, banyak aktiviti anak-anak.

(Kredit: Kiddy Wheelz)

Boleh main bowling di Shalin’s.

(Kredit: Shalin’s)

Dan best bawa keluarga datang tonton wayang, sebab boleh bawa baby. Ramai family tengok wayang di sini.

(Kredit: Cinema.com.my)

Ohh dan ini adalah sizzling mee, boleh layan di food court sebelah surau. Slurrppp!

Layan betul. Terasa macam nak pergi Space U8 sekarang.

Semoga lebih banyak kompleks membeli belah ada surau cantik macam ini!

Like page The Vocket di Facebook.