Sejak lewat petang semalam, hantaran poster sambut pelajar baharu Universiti Malaya terus menjadi bualan ramai sehinggalah pagi ini.

Walaupun nampak basic, namun ia sebenarnya dihasilkan dengan penuh kemas, serta susunan dan komposisi yang sangat konsisten.

Baca Juga:

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Ekskutif Design Ville, Asrul Shamri.

Menerusi satu hantaran Facebook, beliau menjelaskan pereka grafik telah menghasilkan poster tersebut dengan sangat teliti sekali.

“Jika dilihat dari sudut alignment & composition, pereka poster ini masih menjaga vertical spacing yang konsisten antara perkataan iaitu sebanyak 70 pixel.

Body text juga dilihat align to middle dengan kemas (kotak merah muda) dengan spacing 108 pixel di kiri dan kanan. Hanya pada bahagian bawah iaitu barisan media sosial dilihat tidak align to middle.

“Sebenarnya keseluruhan design poster ni dibuat dengn baik dan kemas. Mungkin temanya ‘saya budak baru belajar’ pada effect text. Kalau betul telahan saya, memang genius idea poster ini!” jelas Asrul.

Terdahulu, tular hantaran poster sambut pelajar baharu Universiti Malaya bagi menyambut kehadiran pelajar baharu di kampus tersebut.

Walaupun rekaan poster itu nampak sangat asas, namun hantaran Facebook itu mendapat lebih 24,000 tanda suka, 4,400 komen dan 9,100 kali perkongsian semula.