Syada Amzah sudah bertemu dengan kakaknya Shila Amzah pada baru baru ini.
Ianya susulan daripada satu hantaran Shila Amzah beberapa minggu lalu di Instagram yang menyatakan bahawa dia rindukan adik adiknya.
Sebelum ini hubungan adik beradik itu bergolak. Dengan beberapa siri perang mulut antara mereka berlaku.
Namun bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Begitulah hubungan adik beradik dan keluarga.
Syada Amzah menegaskan bahawa dia sudah berjumpa dengan Shila Amzah untuk menjernihkan hubungan mereka adik beradik dan menyelesaikan konflik antara mereka.
Seterusnya, penyanyi Syada dan juga Amir menegaskan bahawa, masa telah membantu mereka memulihkan hubungan antara adik beradik. Kerana masing masing merindui antara satu sama lain.
Selain itu Syada juga menegaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa, hubungan adik beradik ada pasang surut, dan kadangkala menjadi panas, namun akhirnya mereka masih lagi keluarga dan berbaik semula.
Syada akui dia juga merindui Shila Amzah selama ini. Dan lega dapat melepaskan perasaan rindu tersebut.
Dipetik daripada Mstar Online, Syada berkata: “Dalam adik beradik, mestilah ada perasaan rindu dan sudah lepaskan rindu. Saya sudah jumpa dia (Amir Syahir) dan juga adik-beradik lain. Itu sekadar luahan, tiada apa pun.
“Saya sudah jumpa (Shila). Mestilah saya sudah jumpa (Shila), kami adik-beradik.”
Seterusnya Syada berharap agar orang ramai mendoakan hubungan mereka adik beradik sentiasa terjaga dan dalam keadaan baik baik sahaja,
Dia juga berharap tiada pihak pihak yang akan cuba melagakan mereka selepas ini.
Semoga hubungan kekeluargaan mereka terus bahagia.