Pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba menegaskan beliau menghormati keputusan penyokong yang memilih untuk memboikot kejohanan Pestabola Merdeka edisi kali ini.
Jualan tiket bagi kejohanan itu dilaporkan sendu dimana ramai yang mengikut jejak langkah kumpulan penyokong, Ultras Malaya memboikot kejohanan berkenaan.
Baca Juga:
- Ramai Penyokong Boikot, Tiket Pestabola Merdeka Tak Laku
- FAM Merayu Ultras Tidak Boikot Kejohanan Merdeka 2024
- Ultras Malaya Boikot Pestabola Merdeka 2024
Syamer berpendapat penyokong merupakan elemen penting bagi skuad kebangsaan namun menghormati sekiranya mereka mengambil langkah boikot.
“Kami monghormati jika mereka mahu boikot, ia berada di luar kawalan kami. Apa yang kami boleh kawal ialah prestasi kami di atas padang.
“Kami akan mencuba untuk memberikan sesuatu untuk penyokong kembali percaya dan datang ke stadium, mungkin bukan untuk perlawanan pertama, mungkin datang dalam perlawanan kedua untuk memberikan sokongan.
“Secara peribadi, ia sesuatu yang menyedihkan saya tetapi ia di luar kawalan saya,” kata Syamer Kutty Abba menurut laporan Stadium Astro.
Menurut laporan Berita Harian, jualan tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Filipina dikatakan tidak sampai 1,000 keping yang dapat dijual.
“Jika diikutkan sememangnya jualan tiket tidak sampai 1,000 keping sehingga semalam (1 September). FAM sudah melakukan pelbagai cara untuk mempromosikan jualan tiket supaya penyokong hadir ke stadium.
“Skuad Harimau Malaya memerlukan sokongan pemain ke-12. Sokongan anda cukup penting dalam memastikan pasukan kebangsaan memperoleh keputusan positif.
“Pemain berjuang demi negara dan janganlah biarkan mereka keseorangan di atas padang tanpa sorakan penyokong,” kata Posa.
Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka! ⛔️👊👎#ResetBolasepakMalaysia pic.twitter.com/AtJiJRs3We
— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) August 8, 2024
Kejohanan edisi kali ini akan disertai oleh empat pasukan iaitu Malaysia, Filipina, Lebanon dan juara bertahan iaitu Tajikistan.
Malaysia akan bertemu Filipina pada 4 September manakala satu lagi perlawanan akan melibatkan Lebanon bertemu Tajikistan.
Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 8 September . Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.