Datuk Yusof Haslam menegaskan bahawa dia terkejut mendengar berita penceraian anak lelakinya, Syamsul Yusof dengan isteri baharunya, Ira Kazar.

Peguam yang mewakili Syamsul telah tampi mengesahkan bahawa Syamsul Yusof telah menfailkan cerai terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Berita itu juga membuatkan ramai peminat Syamsul Yusof terkejut kerana tidak menyangka pasangan tersebut bercerai hanya selepas berkahwin kurang 2 tahun.

Yusof Haslam mendedahkan bahawa dia hanya mengikuti perkembangan Syamsul Yusof dari kejauhan. Kerana anak sulungnya itu sudah 5 tahun tidak menghubunginya atau balik ke rumah.

Dipetik daripada laman Beautifulnara, Yusof Haslam berkata: “Syamsul dah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat perkhabaran apa-apa.

“Saya sendiri dah sampai ke tahap reda. Apabila dia berkahwin baharu dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma berlapang dada kerana anggap semua ini ketentuan Allah.”

Menurut Yusof Haslam hanya mampu mendoakan kesejahteraan anaknya itu. Kerana sebelum ini dia nak berkahwin dua. Dan kemudian menceraikan pula isteri pertamanya ketika itu, Puteri Sarah Liyana.

Akhir sekali Datuk Yusof Haslam menyatakan bahawa dia dan isterinya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, sama seperti ibu bapa yang lain.