Tidak mudah untuk kelab Malaysia sekiranya mereka mahu beraksi dalam saingan liga luar negara dan meninggalkan saingan Liga Malaysia.

Dipetik dari laporan Astro Arena, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menegaskan kelab perlu menempuh proses rumit iaitu tapisan tiga peringkat serta memerlukan alasan yang kukuh.

Baca Juga:

Tidak Mudah Untuk Kelab Malaysia

“Jika di negara sendiri memiliki liga profesional, bagaimana kami boleh memberikan kebenaran untuk mereka bermain dalam liga di sebuah negara lain?
“Ia akan menjadi liga serantau. Kalau ada sesebuah kelab yang mahu bermain dalam liga di negara lain, mereka perlu memohon kebenaran.
“Mereka perlu melakukan permohonan dan memberikan rasional mengapa mereka perlu bermain dalam liga asing,” katanya.

Tawaran FAS Untuk Kelab Malaysia

Sebelum ini, FA Singapura menjemput kelab dari dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian dalam saingan liga divisyen satu negara itu iaitu Singapore Premier League (SPL).
Kelab Malaysia
Lion City Sailors

Menurut laporan media dari negara seberang, FAS membuka peluang kepada mana-mana kelab dimana mereka perlu menghantar dokumen lengkap sebelum saingan musim 2025/2026 bermula.

SPL kini mempunyai sembilan pasukan dan FAS telah menyatakan dengan jelas “keinginannya untuk mengembangkan liga melebihi jumlah sekarang”. Khususnya, untuk memasukkan kelab bola sepak swasta dan didorong secara komersial.

“Peningkatan ini akan menjadikan SPL lebih menarik dan menyediakan ruang yang lebih besar untuk pemain bola sepak Singapura untuk bermain permainan di peringkat tertinggi di Singapura,” kata persatuan itu.

Menerusi pencarian ini, FAS berkata ia “berusaha untuk mengenal pasti kelab yang bersedia untuk menegakkan dan memajukan nilai SPL, menyumbang kepada pertumbuhan bola sepak di Singapura sambil menawarkan peminat pengalaman yang dipertingkatkan dan aksi bola sepak yang kompetitif”.

Kelab Malaysia
Bailey Wright. Sumber Gambar: Lion City Sailors

Sebelum ini, beberapa kelab dari luar negara pernah beraksi dalam saingan SPL seperti Albirex Nigata (Jepun),Étoile FC (Perancis) dan Brunei DPMM (Brunei) yang mana tiga pasukan ini pernah muncul sebagai juara liga.

Selain itu, pasukan muda negara iaitu Harimau Muda juga pernah beraksi di Singapura sebagai pertukaran untuk Lions XII yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Salah satu kelab Malaysia iaitu Selangor menerusi Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya sedang memperhalusi cadangan untuk menghantar skuad Piala MFL beraksi di liga negara seberang.