Kehadiran kecerdasan buatan di dalam era digital ini telah mengubah landskap manusia dalam mencari maklumat. Semua perkara boleh diakses di hujung jari malah lebih maju lagi apabila boleh interaksi seperti orang biasa pula.

OpenAI kini berjaya merealisasikan cita-citanya untuk membina pembantu maya berasaskan suara yang lengkap dengan nada dan emosi seperti manusia menerusi ChatGPT-4o.

Sumber Gambar: larepublic.co

Chatbot ini dikatakan boleh mengenal pasti emosi dan setiap respons dan ia turut mengikut percakapan seakan manusia termasuklah mengah ketika mengira dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan awal pengujian, OpenAI meluahkan kerisauan dengan potensi pengguna yang boleh jatuh cinta kepada ChatGPT-4o.

Penemuan OpenAI mendedahkan ada pengguna mula bergantung perhubungan sosial dengan kecerdasan buatan berasaskan audio yang dihasilkan oleh mereka menerusi ujian tersebut.

Dengan setiap respon boleh memahami emosi dan berinteraksi dengan pengguna seakan ia adalah manusia mempunyai risiko tersendiri.

Hal ini disebabkan respons realisitik dengan suara semula jadi membuatkan pengguna mudah memberi kepercayaan penuh. OpenAI khuatir dengan senario ini kerana AI mereka sendiri masih belum mampu menapis berita palsu sepenuhnya jadi boleh mempengaruhi seseorang untuk berbuat perkara negatif.

Bukan itu sahaja, keupayaan untuk AI mengingati butiran semasa bercakap dan cenderung meminta bantuan kepadanya juga boleh membuatkan orang ramai terlalu bergantung pada teknologi, menurut OpenAI.

Malah, dikatakan ada pengguna yang menguji ChatGPT-4o mengucapkan rasa rindu selepas tempoh ujian tamat dengan menaip “This is our last day together.” 

Dalam erti kata lain, OpenAI tidak mahu pengguna jatuh cinta dengan ChatGPT-4o – lagi-lagi di kalangan pengguna yang bersifat sunyi serta sentiasa bersendirian.

Perkara ini turut merisaukan OpenAI jika pengguna mereka terlalu selesa dengan ChatGPT sehinggakan mereka tidak lagi akan berinteraksi dengan manusia seakan bercakap dengan AI.

 

Sumber