Tabung MAE merupakan salah satu ciri membantu pengguna Maybank untuk mengasingkan dan menyimpan wang secara digital.
Hari ini pengguna ciri itu panik apabila mendapati tabung-tabung digital yang mereka simpan ‘hilang’ daripada aplikasi MAE.
Isu itu tular di aplikasi X.com apabila seorang gadis berkongsi tangkap layar servis Tabung MAE tidak dapat diakses.
Menurut gadis itu, dia sudah menghubungi pihak bank dan pasukan IT sedang membuat semakan.
🚨🚨🚨🚨🚨
SIAPA PAKAI MAE AND TENGOK TABUNG HILANG,
I baru call Maybank, dia cakap diorang dah report and IT tengah buat semakan. She said check again in 2 hours. pic.twitter.com/l8Uzhn0Gll
— GADISBACA | Reading Maiden 🇵🇸 (@alyasrfn) May 11, 2024
Menyelusuri respon-respon yang dikongsikan netizen, ramai berasa panik apabila menghadapi situasi tersebut.
Ini kerana mereka telah guna servis itu untuk menyimpan wang untuk perkahwinan dan kegunaan kecemasan pada masa akan datang.
Ramai yang menghubungi pihak Maybank, menurut bank tersebut, hanya perkhidmatan Sejarah Transaksi (Transaction History) dan Tabung/Matlamat (Tabung/Goal) di MAE tidak tersedia buat masa ini.
Pihak Maybank juga memberikan jaminan perkhidmatan akan kembali pulih seperti biasa.
“Kami sedang berusaha untuk membaik pulih isu ini, dan ia akan kembali normal tidak lama lagi. Kami amat menghargai jika anda boleh mencuba semula dari semasa ke semasa. Kesabaran dan kerjasama anda amatlah dihargai,” petik hantaran X.com @MyMaybank.
Dalam pada itu ada warganet berkongsi cara mengeluarkan wang daripada Tabung MAE untuk dipindahkan ke akaun utama.
Menerusi hantaran X.com @mxdxhxx, pengguna boleh ‘mengakses’ tambung dengan mencari sejarah transaksi yang pernah dibuat sebelum ini.
- Klik butang loceng (notification)
- Cari sejarah transaksi Tabung MAE
- Kemudian tekan transaksi tersebut
- Apabila masuk ke paparan Tabung MAE, klik pada titik tiga di atas kanan skrin
- PilihWithdraw Fund
- Masukkan password MAE
- Kemudian pilih akaun utama untuk memasukkan duit daripada Tabung MAE yang ada pilih itu
Didapati sekiranya anda membawa keluar duit itu, anda akan menerima notifikasi Tabung itu dipadam.
So korang boleh tengok video i ajar how to withdraw balik duit dalam tabung maybank pic.twitter.com/dq5wQaeY9K
— Madiha (@mxdxhxx) May 11, 2024