Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengesahkan bahawa anak guamannya itu telah memfailkan cerai ke atas isterinya, Ira Kazar.

Perkara itu benar benar mengejutkan ramai peminat, kerana pasangan tersebut berkahwin tidak sampai 2 tahun sekalipun.

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Failkan Cerai Ira Kazar

Kemudian beberapa portal berita seperti Harian Metro turut mengesahkan bahawa Syamsul Yusof benar benar memfailkan cerai ke atas isterinya Ira Kazar.

Ini selepas kenyataan rasmi yang dibuat oleh peguam yang mewakili Syamsul Yusoff.

Dan menurut Azmi Rais lagi, punca utama pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof berbuat demikian kerana sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Azmi Rais menyatakan perkara tersebut ketika dihubungi oleh portal mStar. Dia berkata kepada portal tersebut: “Benar Syamsul sudah failkan cerai terhadap Ira Kazar pada petang Isnin. [Keranan] sudah tak ada persefahaman di dalam perkahwinan mereka.”

Pasangan tersebut sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila bernikah di Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri, Kazar Saisi.

Perkara itu membawa kepada keretakan rumah tangga Syamsul dengan isteri pertamanya pada masa itu iaitu Puteri Sarah. Di mana Puteri Sarah ketika itu mendedahkan kepada umum bahawa Syamsul dan Ira Kazar sudah bernikah secara senyap senyap di Siam.

Syamsul Yusof kemudian melafazkan cerai talak satu pada 14 Jun 2023, ke atas Puteri Sarah, setelah 9 tahun perkongsian hidup mereka.