‘Teka-teki’ berhubung desas-desus Tesla membatalkan perancangan mereka untuk membuka kilang di Asia Tenggara nampaknya telah menemui jawapan awal.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Tesla gagal bersaing dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan kenderaan EV dari China, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Beliau berkata sedemikian selepas mendapat maklumat terkini daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini mengenai Tesla, kerana mereka telah mengalami kerugian disebabkan tidak dapat bersaing dengan EV dari China.

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,” jelas Anwar.

Sebelum ini, Tengku Zafrul meminta pihak media menyemak berita dakwaan yang dikongsikan oleh sumber pihak kerajaan Thailand.

Pada masa sama beliau menegaskan pihak Tesla langsung tidak  tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini (Malaysia).

Sumber