Pada hari semalam industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita Syamsul Yusof menfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Sementara bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana dilaporkan enggan mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya itu.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Harian Metro, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan sebarang kenyataan yang bakal diberikan.

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Failkan Cerai Ira Kazar

“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.

“Saya percaya apa sahaja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.

“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya.

Tak Ada Persefahaman Punca Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar

Terdahulu, peguam kepada Syamsul Yusof mengesahkan pengarah itu telah menfailkan cerai terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurutnya lagi, sebab Syamsul mahu berpisah kerana sudah tiada persefahaman di dalam perkahwinan mereka lagi.

Sumber