Genting Highlands sememangnya menjadi satu lokasi tumpuan orang ramai untuk berkunjung.
Umpama tidak mati, setiap hari ramai orang sanggup naik meredah kawasan tanah tinggi itu, lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu.
Baca Juga:
- Bangunan SkyAvenue Di Genting Highlands Terbakar
- Tauke Durian Ditahan Curi Cip Kasino Genting Highlands Bernilai RM4.6 Juta
- Genting Highlands Tutup Operasi Dua Kasino
Baru-baru ini tular satu klip rakaman seorang pemandu Honda yang berhadapan dengan situasi di mana sekumpulan motosikal berhenti di tengah selekoh jalan Genting Highlands.
Seperti sedang berbincang sesuatu, kumpulan motosikal itu langsung tidak menghiraukan kereta-kereta yang lalu lalang di lorong kanan bersebelahan mereka.
Video itu mengundang kerisauan dan kecaman netizen pada masa sama. Tindakan kumpulan motosikal tersebut boleh mengundang kemalangan sekiranya ada kenderaan laju menaiki kawasan bukit itu lalu merempuh mereka semua.
Dalam masa sama, netizen juga berasa pelik kenapa dalam ramai-ramai kumpulan motosikal itu, tiada yang ‘bijak’ memikirkan keselamatan diri masing-masing.