Seorang lelaki dipercayai warga pemandu dengan kereta nombor pendaftaran Singapura telah bertindak membuang air kecil di pusat pemeriksaan Johor.

Tindakan terdesak lelaki itu mendapat perhatian netizen Facebook apabila gambarnya ditularkan oleh pengguna media sosial.

Baca Juga:

Selain mengambil gambar lelaki terbabit, pengguna media sosial turut mendedahkan gambar keretanya yang menandakan bahawa lelaki terbabit mungkin dari Singapura.

Walaupun ia disambut dengan gelak ketawa, namun apa yang menjadi persoalan netizen adalah sistem menunggu yang terlalu lama sehingga lelaki ini terpaksa keluar dari kereta dan membuang air di tepi jalan.

Selain itu, netizen turut mengecam warga Singapura tersebut kerana tidak menjaga etika semasa berada di negara orang.

Bagaimana sebahagian pula bersimpati dengan lelaki tersebut yang kelihatan terdesak untuk membuang air kecil.

Sumber