Sedia maklum, sesi persekolahan dibuka untuk calon SPM dan STPM mulai hari ini. Akan tetapi, 18 pelajar disahkan positif COVID-19 di Sabah semalam telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelajar.

Terbaharu, #SuaraPelajar trending di Twitter dan ramai pelajar meluahkan pendapat mereka akan menduduki peperiksaan dalam situasi pandemik yang masih belum terkawal.

https://twitter.com/fatinnaso/status/1351700118815182853

Rata-rata pelajar mahu suara mereka didengar kerana mereka berasa bimbang dan takut akan dijangkiti wabak pandemik COVID-19 ketika menduduki peperiksaan terutama sekali pelajar tidak perlu jalani swab test untuk COVID-19.

Ramai faham kepentingan untuk menduduki peperiksaan, tetapi rata-rata pelajar mahukan jalan penyelesaian yang baik dan menyakinkan untuk mereka hadir ke sekolah tanpa perasaan takut.

Mungkin pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh cadangkan beberapa langkah pencegahan seperti menjalani swab test dan kuarantin kendiri. Apakah pula pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Tergamam Lihat Pendapatan ‘Rider’ Makanan

Pemilik Restoran Terkenal Dakwa Ibu Neelofa Guna Resipi Daging Harimau Menangis Mereka

PlayStation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa, Pemilik Homestay Rugi Lebih RM6,000