Saat yang dinanti-nantikan oleh ramai orang telah tiba apabila Taman Tasik Titiwangsa telah dibuka secara rasmi kepada umum semalam. Rata-rata netizen berkongsi kecantikan taman rekreasi tersebut.

Akan tetapi, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Noor Fazlina Rosley, pelbagai kerosakan telah berlaku di taman rekreasi tersebut tidak sampai 24 jam dibuka.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat ada pengunjung melakukan vandalisme pada papan tanda, buang sampah merata-rata, dan penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen serta lain-lain.

Berikutan itu, rata-rata netizen kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu.

https://twitter.com/iwearLV/status/1206186406973853697

Untuk pengetahuan anda, Taman Tasik Titiwangsa ini telah ditutup selama setahun untuk penambahbaikan. Apakah pendapat anda mengenai tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

Tahukah anda bahawa Taman Tasik Titiwangsa pernah diceroboh sebelum ini walaupun belum dibuka? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Belum Dibuka Kepada Umum, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Mula Diceroboh Dan Dirosakkan?

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula