Tindakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang enggan mendedahkan sebab utama beliau meletak jawatan dipersoalkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi laman media sosial X, Tunku Ismail turut meminta semua pihak sama ada penyokong, ahli politik dan pihak media untuk meminta Pan-gon menjelaskan mengenai perkataan ‘bahaya’ itu dengan lebih jelas.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan lebih terperinci.

“Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang. @RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.

“Jadi ini semua lagi satu konspirasi teori yang dicipta?,” tulis Tunku Ismail.

Dalam sidang media yang dijalankan di Wisma FAM baru-baru ini, Pan-gon menegaskan beliau sudah menceritakan semua kepada Datuk Hamidin Mohd Amin tetapi ‘amat bahaya’ untuk berkongsi butiran tersebut kepada orang ramai.

“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tak perlu tanya dia lagi.

“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kim Pan-gon menegaskan beliau meletak jawatan kerana alasan peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.

“Sejak saya tiba pada Februari 2022, selama dua setengah tahun yang lalu, rakyat Malaysia benar-benar menghadiahkan saya satu perjalanan yang sangat luar biasa dan indah dalam hidup saya.

“Pada Jun 2022, kita bersama-sama berkongsi kegembiraan Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas tempoh 43 tahun dan sejak itu, kita telah meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking FIFA dan pada aksi terakhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu, kita berjaya seri 3-3 dengan pasukan ranking ke-22 dunia, Republik Korea, sekali gus menunjukkan satu kebanggaan yang rakyat Malaysia harus ada dalam bola sepak mereka.

“Namun malangnya kita tidak layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026. Tapi dengan tiga kemenangan, satu seri, dua kekalahan dan 10 mata, kita telah menyediakan satu asas dan momentum bagi menyemai harapan untuk masa depan bola sepak Malaysia yang cerah,” katanya.