Ketua Pegawai Kewangan (Divisyen Kewangan Kumpulan) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Nazmi Othman memberi penjelasan bahawa Kerajaan belum memutuskan lagi kadar tarif elektrik baharu yang bakal dilaksanakan mulai Julai 2025 bawah pelaksanaan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), petik Berita Harian.

Menurutnya, keputusan mengenai jadual tarif elektrik baharu itu dijangka diputuskan kerajaan selewat-lewatnya Jun 2025.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik hingga 30 Jun 2025 akan datang.

“Pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses kajian semula untuk memuktamadkan jadual tarif baharu. Kerajaan mempunyai masa yang mencukupi untuk memutuskan jadual tarif baharu itu.

“Dasar semasa masih kekal dengan 85 peratus pengguna domestik masih kekal dilindungi daripada sebarang perubahan tarif elektrik,” katanya pada taklimat media mengenai pelaksanaan RP4, petik laporan tersebut.

Sumber