Selain murah, fasiliti tersedia juga menjadi antara faktor yang perlu dititikberatkan apabila mahu menyewa bilik atau rumah. Mana tidaknya, selepas seharian bekerja atau belajar, kita mesti mahu berehat dengan tenang di rumah.

Terbaharu, iklan bilik sewa di ibu kota telah menjadi buah mulut ramai apabila seorang pengguna Twitter telah berkongsi kembali iklan bilik sewa yang dilihatnya di Facebook.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi iklan tersebut, dapat dilihat bilik sewa yang ditawarkan berkonsepkan ‘capsule’ dan pastinya kecil serta terlihat seperti peti simpan mayat. Lebih mengejutkan apabila harga sewa bermula daripada RM290 sebulan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan keadaan bilik sewa itu serta mengatakan tuan rumah melampau mahu mendapat keuntungan segera.

https://twitter.com/ili4short/status/1607994171641716737

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat bahawa penyewa di bilik tersebut pasti ‘sesak nafas’ disebabkan tiada pengudaraan yang baik. Rata-rata netizen juga berharap bilik sewa seperti ini sepatutnya tidak wujud.