Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pemacu pengurusan data padang oleh ProPitch.
ProPitch digunakan untuk memastikan kualiti rumput di Stadium Sultan Ibrahim berada ditahap terbaik sebelum sesuatu perlawanan bermula.
Baca Juga:
- Hamidin: Keadaan Padang SNBJ Lebih Baik, Sedia Untuk Digunakan
- JDT Muncul Sebagai Kelab Nombor Satu Di Asean
- TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
“Peralatan ujian ProPitch menyediakan penyelia padang dengan data sebenar untuk membantu mengurus prestasi dan keselamatan padang.
“Dengan mengukur daya tarikan, keteguhan dan pelbagai lagi data lain, penyelia padang dapat memahami dengan lebih baik kerja-kerja yang perlu dijalankan untuk menyediakan padang yang bertaraf dunia,” tulis kenyataan rasmi Johor Southern Tigers.
JDT THE FIRST IN MALAYSIA TO UTILISE PROPITCH TO MONITOR SULTAN IBRAHIM STADIUM FIELD
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) utilises the data-driven pitch management system by ProPitch to ensure quality control of the grass at Sultan Ibrahim Stadium.
The ProPitch testing equipment… pic.twitter.com/ELeroTre13
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 24, 2023
ProPitch banyak digunakan secara meluas di eropah dan ia turut diuji dalam beberapa stadium bertaraf dunia seperti Stadium Wembley, Old Trafford dan Stadium Emirates.
Selain digunakan dalam beberapa pertandingan UEFA, ProPitch juga telah bekerjasama dengan kelab-kelab seperti Arsenal, Manchester United, Tottenham Hotspur dan pelbagai kelab Inggeris yang lain.
JDT amat menitikberatkan keadaan padang kerana ia dapat membantu pemain membuat hantaran dengan tepat selain mengelakkan daripada kecederaan serius.
Malah, mereka juga kini dalam proses naik taraf padang yang digunakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan menggunakan rumput jenis Hyrid.
Stadium Larkin akan menjadi stadium pertama di Malaysia yang menggunakan padang hybrid.
Padang jenis Hybrid ini adalah gabungan penggunaan rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.