Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, Bukit Fraser terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan juga banyak bangunan cita rasa kolonial British dibina di sini.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @unaghafar telah berkongsi sebuah video memaparkan pengalaman percutiannya bersama keluarga yang mengecewakan di Bukit Fraser selepas menempah penginapan di hotel dalam talian pada bulan Februari lalu.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@unaghafar/video/7204016195563982107?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601

https://www.tiktok.com/@unaghafar/video/7205092909153013018?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601

Menerusi video tersebut, dapat dilihat penginapannya sekeluarga adalah di sebuah bangunan yang kelihatan terbiar yang terletak di lereng bukit di Bukit Fraser. Tambahnya, pemilik penginapan mendakwa tempat penginapannya itu cantik dan penuh dengan pengunjung tetapi sebaliknya berlaku.

Walau bagaimanapun, dia dan keluarga telah batalkan tempat penginapan terbabit dan menginap di tempat lain disebabkan dinasihatkan tidak melalui jalan di bukit itu pada waktu malam.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen yang pernah melancong ke Bukit Fraser turut berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen.

Malah, ramai yang beranggapan bahawa keadaan yang menyedihkan di kawasan itu telah bertambah buruk sejak penularan wabak COVID-19.