Sedia maklum, isteri kepada Hafidz Roshdi yang memulakan perniagaan biskut bernama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ memaklumkan bakal menutup perniagaanya itu.
Akan tetapi, punca perniagaan biskut itu diberhentikan tidak diberitahu. Terbaharu, seorang pengguna TikTok @neesholla berkongsi sebuah video dimana meluahkan kekecewaannya membeli biskut yang dijual oleh Shuhada.

Baca Juga:
- Baru Sahaja Dua Bulan Jual Biskut, Shuhada Umum Tutup Bisnes
- Didakwa Sengaja Gugurkan Kandungan, Shuhada Jawab Tuduhan Hafidz Roshdi
https://www.tiktok.com/@neesholla/video/7233342949403282706
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kotak biskut seperti terkena cat dan pembungkusan biskut yang menggunakan plastik membuatkan ada biskut hancur.
Perkongsian wanita tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat cara pembungkusan biskutnya.



Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga berpendapat bahawa Shuhada silap memilih perniagaan dan juga mengatakan bahawa dia patut tampil dengan perniagaan lain.