Hafidz Roshdi dilaporkan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada hingga mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kejadian tersebut telah disahkan oleh ahli keluarga Shuhada semalam.

Shuhada dipercayai telah menerima rawatan di sebuah hospital dan akan memberi kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan dan pihak polis juga dilaporkan telah menerima laporan mengenai kes ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, Shuhada turut memuat naik satu hantaran di IG Story meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku ini. Dalam hantaran tersebut juga Shuhada mengatakan Hafidz tidak pernah beli beras seolah-olah memberi bayangan Hafidz tidak memberikan nafkah.

Dalam pada itu, Hafidz dilihat memuat naik sebuah video di TikTok berjumpa dengan anak-anaknya seperti tiada kejadian buruk berlaku selepas Shuhada mendedahkan dirinya cedera akibat ditumbuk.

@muhammadhafidzroshdi

Tanggungjawap dekat anak2 tetap No Syahtttuu @innate.officialhq #AbahMithali #DudaAnak2 #fyp #tiktokmalaysia #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas #KiddoJello #KidsSupplement #TambahSeleraAnak

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Untuk rekod, Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu selepas Hafidz melafazkan talak menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga.