Bermula sebagai peminat, seterusnya rakan baik, pasangan Shila Amzah dan Ubai pada Februari lalu secara rasminya mengumumkan mereka tidak lagi single serta mengesahkan sedang bercinta.
Pasangan yang kerap dilihat bersama serta kerap Live di TikTok serta menghasilkan video YouTube bersama ini kerap membuatkan para peminat bertanyakan status mereka serta mengharapkan segalanya berakhir dengan baik.
Baca Juga:
- Beza Usia 8 Tahun Bukan Penghalang, Ubai Dan Shila Amzah Dedah Tidak Lagi ‘Single’
- Shila Amzah Buat Lagu Tentang Bekas Suami, Mahu Terbuka Soal Kegagalan Rumah Tangga
Walau bagaimanapun, Shila Amzah menerusi perkongsian terbaru di Instagram @shahilaamzah tampi memuat naik sebuah gambar beserta sebuah lagu yang penuh emosi bersama Ubai.
Mempunyai jurang umur sebanyak 8 tahun, perkongsian terbaru Shila Amzah ini nyata mengejutkan pelbagai pihak khususnya para peminat.
Malah, para peminat turut tertanya-tanya mengenai status mereka sama ada sudah putus atau sebaliknya? Malah terdapat netizen yang berpendapat Shila Amzah sekadar mendoakan Ubai sahaja.
Sementara itu, Ubai menerusi Instagram Stories turut membuat naik sebuah quote yang memaklumkan beliau masih sayangi Shila Amzah serta berterima kasih kepada penyanyi tersebut.