Peminat Singapura menzahirkan rasa risau menjelang perlawanan menentang Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 pada 20 Disember ini.

Salah seorang peminat di laman X berasa risau selepas tular video di laman tersebut yang menunjukkan salah seorang pemain iaitu Sergio Aguero memberi kata-kata semangat kepada rakan sepasukan.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Video tersebut dimuat naik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika perlawanan menentang Thailand yang mana skuad Harimau Malaya tewas dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Patrik Gustavsson pada separuh masa kedua.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente wajib menang ke atas Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan sekiranya mahu melangkah ke peringkat separuh akhir.

Namun, perjalanan Malaysia tidak semudah itu dimana mereka mengharapkan Thailand berjaya menewaskan jiran di seberang tambak itu pada perlawanan yang akan berlangsung pada Selasa ini bagi memastikan peluang terus terbuka.

Baru-baru ini, FAM mengumumkan bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski resmi dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior negara yang baru manakala Nafuzi Zain dipilih sebagai pengendali skuad B-23 Tahun.

“Peter Cklamovski dari Australia dilantik untuk menggalas tugasan ini selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber dalam memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

“Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain dilantik menjawat jawatan ini bagi memastikan kesinambungan dalam skuad B-23 kebangsaan yang berperanan sebagai pembekal bakat-bakat muda untuk dinaikkan ke skuad senior kebangsaan.

“Kredibiliti Nafuzi yang kini berusia 46 tahun juga ditagih dalam usaha memperkasakan semula skuad B-23 kebangsaan yang kebelakangan ini kelihatan kurang menyinar di pentas antarabangsa,” tulis FAM.