Pemain sayap Selangor, Faisal Halim dibenarkan pulang selepas lebih dua minggu menerima rawatan di hospital ekoran disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dalam satu kenyataan dimana selepas menjalani empat pembedahan, doktor yang menangani beliau memberi lampu hijau untuk Faisal pulang ke rumah.
Baca Juga:
- Peminat Selangor Lancarkan Petisyen, Mahu Keadilan Untuk Faisal Halim
- Polis Siasat Penyebar Video CCTV Faisal Halim Disimbah Asid
- Video: Tular Rakaman CCTV Ketika Faisal Halim Disimbah Asid
“Pihak kelab dengan penuh kesyukuran ingin memaklumkan bahawa Faisal Halim telah dibenarkan pulang dari hospital setelah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan luka lecuran tahap empat, kesan daripada simbahan asid tempoh hari.
“Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal Halim daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan mejangkaui jangkaan semua pihak.
“Pihak kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dr. Wan Syazli
Rodzaian bin Wan Ahmad Kamal, Pakar Unit Plastik & Rekonstruktif, seluruh warga Avisena Specialist Hospital dan Thomson Hospital Kota Damansara yang sentiasa komited dalam memberikan penjagan komprehensif, serta memberi sumbangan besar kepada rawatan dan pemulihan Faisal.
“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan juga kepada keluarga besar Selangor FC, pemimpin-pemimpin negeri dan negara, badan-badan kerajan dan swasta, komuniti bola sepak tempatan dan antarabangsa, dan seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan kesejahteraan dan memberi dorongan semangat kepada ikon bola sepak negara kesayangan kita.
”Faisal Halim kini memasuki fasa seterusya dalam proses rawatan dan pemulihan beliau. Pihak kelab dan keluarga Faisal memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang dan privasi untuk beliau melalui proses pemulihan ini dengan sebaiknya.
“Mari kita bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan yang sepenuhnya buat Faisal Halim dan semoga beliau dan keluarga terus diberikan kekuatan mengharungi waktu yang sukar ini.