Ketua jurulatih pasukan Selangor, Nidzam Jamil memutuskan untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah dengan serta-merta.
Perkara ini diumumkan oleh Selangor dimana Nidzam meminta kepada pengurusan pasukan untuk mengundurkan diri dan kelab itu menghormati keputusan jurulatih berkenaan.
Baca Juga:
- Liga Super 2024/25: JDT Kukuhkan Cengkaman, Atasi Selangor Di Kelana Jaya
- Selangor Kaut RM1.7 Juta Selepas Tiga Perlawanan ACL2
- Pengendali Jeonbuk Anggap Pemain Selangor Suka Buang Masa
πππ‘π¬ππ§πππ‘ π₯ππ¦π π
ββββββ
πππ¨π π¦π§ππ§ππ ππ‘π§ pic.twitter.com/nRPDoj11Fu
— Selangor FC (@selangorfc) October 30, 2024
βSelangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta. Beliau telah memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.
βKelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
βDibawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Champions League Two.
βBeliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini.
βTugas Ketua Jurulatih pasukan utama Selangor akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara Kelab mengenalpasti Ketua Jurulatih baru.
βSelamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Nidzam atas segala sumbangan dan komitmen beliau kepada Selangor FC,β dipetik dari kenyataan pihak kelab.
Nidzam dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.