Kalau tak ada duit janganlah pinjam Ah Long. Kalau nak jugak pinjam Ah Long, gunalah alamat sendiri jangan menyusahkan orang. Sebagai penafian, saya tidak pernah pinjam wang daripada Ah Long.

10 Januari 2021 lebih kurang jam 10.10 malam kami menerima panggilan dari jiran mengatakan rumah kami disimbah cat. Saya diluar rumah terus bergegas balik kerana 3 orang anak kami berada di dalam rumah.

138254822_10225736125495790_3728392689542425366_o
Sumber: Facebook Johan Irwan Kamarozaman
136493365_10225736127215833_8122373269865609499_o (1)
Sumber: Facebook Johan Irwan Kamarozaman

Sesampai di rumah, ramai jiran-jiran berkumpul di hadapan rumah. Habis pagar, tembok dan kereta kami disimbah cat berwarna merah dan berbau minyak tanah. Nasib saya di luar, kalau tak kereta saya pun menerima nasib yang sama. Jiran banyak membantu menenangkan emosi kami.

Perasaan marah, takut, sedih, terkejut, risau dan banyak lagi bercampur aduk. Isteri saya Norjuita Akhirzaman kelihatan trauma sejak menerima panggilan dari jiran.

31hb Disember 2020, rumah kami ditampal dengan amaran untuk pungut hutang. Nama peminjam Cindy Lee Seow Wei disuruh untuk menelefon semula nombor tertera. Rumah ini saya beli tahun 2011 dan saya tidak mengenali nama tersebut.
Saya menelefon salah seorang dari mereka mengatakan salah alamat. Mereka ambil maklum dan mengatakan itu kerja runner, dia duduk pejabat.

Saya beranggapan Ah Long itu sudah update team mereka dan ingatkan dah selesai hal ini. Bulan September 2020, kami ada terima surat dari lawyer menuntut hutang dari Cindy Lee Seow Wei ni.

136686916_10225736127935851_753725958623341360_o
Sumber: Facebook Johan Irwan Kamarozaman
138346696_10225736125735796_2127569280330847312_o
Sumber: Facebook Johan Irwan Kamarozaman

Akan tetapi, alamatnya seakan salah taman. Kami beranggapan, posmen salah hantar. Poskod dia pun lain. Surat lawyer ni kalau diteliti memang dari perniagaan yang sah dan sejumlah wang ratusan ribu yang dituntut.

Baru-baru ini ada posting tular di media sosial yang seakan mempunyai jalan cerita yang sama. Kami pun menjadi risau dan membuat laporan polis pada hari Ahad lepas. Semasa saya dipanggil untuk memberi keterangan kedua, dalam perjalanan ketika itulah kami mendapat panggilan rumah sudah disimbah cat.

Laporan polis baru sudah dibuat dan kes ini sudah diklasifikasikan sebagai kes jenayah. Polis juga sudah meninjau kawasan rumah malam jam 12.30 dan mengambil keterangan saya keesokkan harinya.

138858707_10225736127495840_3105373210965527966_o
Sumber: Facebook Johan Irwan Kamarozaman

Menurut polis banyak kes Ah Long menuntut hutang sejak akhir-akhir ni mungkin sebab ramai dah tak mampu untuk servis hutang. Ah Long pula tidak memberikan moratorium, jadi mereka terpaksa mengambil tindakan lain untuk mengutip hutang.

Saya agak terkilan dengan Cindy Lee Seow Wei ni kerana menggunakan alamat rumah kami untuk berurusan dengan penghutang sedangkan dalam pengkalan data beliau beralamat di Setapak. Kes ini sekarang dalam siasatan pihak polis. Semoga kes ini dapat diselesaikan dan semoga keluarga kami dilindungi daripada marabahaya.

Tular pada minggu ini apabila wanita warga warga Malaysia diburu polis Korea Selatan selepas mencuri duit bernilai RM53 juta serta memadam rakaman CCTV.

Curi Duit Bernilai RM53 Juta Dan Padam Rakaman CCTV, Wanita Warga Malaysia Diburu Polis Korea Selatan

Suami Tampil Jelaskan Apa Sebenarnya Yang Dibuang Isteri Dari Dalam Kereta