Gara-gara culas membayar duit sewa, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bertindak menanggalkan sejumlah pintu rumah penyewa yang gagal menjelaskan tunggakan sewa melebihi RM15,000, di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi), Negeri Sembilan.

Menerusi kenyataan rasmi dikongsikan, pihak MBS telah membuat aku janji bersama penyewa yang memiliki tunggakan lebih RM15,000 untuk membayar ansuran sejak Januari 2023.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun masih ada penyewa yang culas sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November 2024.

@mbseremban

Operasi Tunggakan Sewa PPR Paroi pada 12 Disember 2024 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani

♬ bunyi asal – Majlis Bandaraya Seremban – Majlis Bandaraya Seremban

“MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, MBS mengambil tindakan mencabut semua pintu di rumah terlibat supaya penyewa segera menjelaskan tunggakan,” kata Datuk Bandar MBS.

Menurutnya lagi, daripada beberapa penyewa terlibat, ada dua penyewa menjelaskan tunggakan berjumlah RM23,560 untuk membolehkan mereka terus menyewa di PPR berkenaan.

Operasi sedemikian akan dibuat secara berkala bagi memastikan penyewa di PPR Paroi dan PPR Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa ditetapkan.