Berita baik buat ‘EVthusiast‘ di Malaysia kerana Tesla Model Y sudah boleh didapatkan secara rasmi melalui laman web rasmi khas untuk negara Malaysia.

Kereta elektrik sedan itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu Model Y RWD, Model Y AWD Long Range dan Model Y AWD Performance. Setiap varian hadir dengan spesifikasi yang berbeza, mengikut keperluan pelanggan.

Tesla Model Y RWD (RM199,000)
Sumber Gambar: Tesla

Model asas Model Y RWD ini mempunyai anggaran boleh bergerak sejauh 430 kilometer, berkelajuan maksimum 217km/j dan memecut 0-100km/j dalam 6.9 saat.

Tesla Model Y Long Range AWD (RM246,000)
Sumber Gambar: Tesla

Bagi model pertengahan pula, Model Y Long Range AWD boleh bergerak sejauh 533 kilometer dengan sekali pengecasan penuh. Kelajuan maksimum masih sama 217km/j, namun cuma mengambil masa 5 saat sahaja untuk mencapai 100km/j.

Tesla Model Y Performance AWD (RM288,000)
Sumber Gambar: Tesla

Bagi varian tertinggi Model Y ini, oleh kerana ia kategori ‘performance‘ jarak pemanduan dikurangkan sehingga 514 kilometer. Bagaimanapun prestasinya bertambah baik dengan kelajuan maksimum 250km/j dan lebih pantas memecut 100km/j yang cuma memerlukan 3.7 saat sahaja.

Kos-kos penambahan lain

Setiap varian turut ditawarkan dengan beberapa ciri dan fungsi yang menarik untuk dipilih pelanggan. Antaranya adalah –

Enhance Auto-Pilot membolehkan pengguna setkan fungsi Autopilot, Auto Lane Change, Autopark and Smart Summon. Harga fungsi ini bernilai RM16,000, termasuk SST.

Full Self Driving Capability pula membolehkan kereta ini bergerak sendiri sepenuhnya, bagaimanapun pemandu masih perlu memberikan perhatian di jalan raya. Harganya bernilai RM32,000, termasuk SST.

Penukaran warna badan kereta dikenakan RM5,000 bagi warna Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic. Manakala kos warna Red Multi-Coat mencecah RM10,000.

Penukaran warna kabin dalaman juga dikenakan RM5,000 untuk mengubah daripada warna hitam penuh menjadi kombinasi hitam dan putih.

Penukaran rim bagi Model Y RWD dari 19-inci Gemini menjadi 20-inci Induction dikenakan caj sebanyak RM10,000.

Jika anda mahu jadi orang terawal menggunakan kereta Tesla Model Y rasmi daripada Tesla, anda boleh dapatkan di sini dengan harga tempahan serendah RM1,000.

Penghantaran dijangka dibuat sekitar awal tahun 2024 akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.