Konsert minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan tema ‘Malar Segar Mekar Membara’ pada malam tadi.
Menjadi buah mulut netizen apabila persembahan pembukaan pada malam itu menampilkan pengacara tetap Elly Mazlein dan kemunculan istimewa penyanyi, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim berduet menyanyikan lagu Kini Kau Tiada.

Baca Juga:
- Popular Dengan Lagu ‘Sikok Bagi Duo’, Ini Penyanyi Yang Berjaya Cipta Fenomena Di TikTok
- Dakwa Sudah 16 Kali Mengandung, Ini ‘Kisah Gelap’ Di Sebalik Lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan
@astrogempak Gempaklive: Jangan lupa tgk Sarimah Ibrahim kat Vass Vaganza lepas show GV9 nnt! #GegarVaganza #GV9 #GegarVaganza9 #bintangkembalimenyengat
Kemunculan Sarimah membuat persembahan malam tadi telah mengegarkan pentas itu dan memeriahkan lagi suasana. Malah, Sarimah yang membuat kemunculan di atas pentas GV9 telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen cukup teruja.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen memuji penampilan Sarimah dan mengatakan beliau masih cantik serta kekal awet muda walaupun sudah berusia 42 tahun.
Seriously Sarimah Ibrahim dah 40 an🥵 She's a real vampire! ❤️😍😘 #GegarVaganza9 pic.twitter.com/pn49662vrM
— ً (@TheOnlyFatin) September 25, 2022
beautiful as always sarimah ibrahim #gv9
— RyanMohamad 🅴 (@RyanMohamad) September 25, 2022
Sarimah Ibrahim like 20 years ago, Janji Diana. pic.twitter.com/STFHKwuXpH
— Shaik Shaszari Shaik Sulaiman (@shaik_shaszari) September 25, 2022
wow penampilan istimewa che puan sarimah ibrahim #gegarvaganza2022 #gegarvaganza9 #gv9 pic.twitter.com/RqSNeWnaJW
— 🍉themateenhansel🍉 (@themateenhansel) September 25, 2022
Malah, ada juga netizen mahu Sarimah kembali mengacara dalam mana-mana program kerana rindu mahu melihatnya di kaca TV. Segelintir netizen turut berseloroh bahawa Sarimah ‘vampire’ kerana tidak kelihatan tua walaupun sudah berusia.