Konsert MUSE ‘The Will of The People’ TOUR 2023 akan berlangsung secara eksklusif di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Julai 2023 dan merupakan satu-satunya hentian konsert di Asia.

Pemenang anugerah Grammy dua kali, Muse disenaraikan sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia selain telah mendapat pengiktirafan secara meluas sebagai salah satu Live Band terbaik di dunia.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, buat julung kalinya, The Vocket, sebuah portal media baru yang menyampaikan info-info terkini dan isu semasa telah dipilih sebagai rakan media untuk konsert Muse di Kuala Lumpur nanti.

Selain The Vocket, beberapa jenama media lain seperti SAYS, XTRA, JUICE, OHBULAN!, Seismik dan Rojaklah akan turut serta sebagai rakan media digital Konsert MUSE ‘The Will of The People’ TOUR 2023

Manakala stesen radio HotFM dan FlyFM turut bersama dalam menjadi rakan radio rasmi bagi konsert kali ini.

Kehadiran Muse ke Kuala Lumpur pastinya akan meleraikan penantian peminat Malaysia setelah kali terakhir bertandang ke sini adalah pada 16 tahun yang lalu.

Konsert ini sudah pasti akan berjaya menarik kesemua peminat fanatik kumpulan rock ini dari setiap pelusuk negara dan benua terutamanya dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.

Pihak penganjur juga telah mensasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 orang yang akan hadir untuk menyaksikan konsert yang sangat luar biasa ini di Malaysia.

Untuk rekod, konsert Muse yang terakhir di Asia adalah pada tahun 2019 di mana berlangsungnya Singapore Grand Prix, yang juga merupakan sebahagian dari jelajah konsert ‘Teori Simulation’.