Sebelum ini, watak Cheol San dalam drama Korea, Start-Up telah sebut Kota Kinabalu ketika mahu ‘brag’ tentang kecantikan rumah percutian milik keluarganya dan telah menjadi bualan netizen.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @locacolala telah memuat naik sebuah video yang memaparkan sedutan klip sebuah filem Korea, Jazzy Misfits. Menerusi video terbabit, dapat dilihat seorang wanita mengetuk bertalu-talu pintu rumah dan lelaki yang keluar dari pintu itu bercakap menggunakan bahasa Melayu.
Baca Juga:
- Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen
- Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas
- T-Shirt Kedah Digayakan Pelakon Dalam Filem Tamil Buat Netizen Terhibur Dan Bangga
@locacolala I still laugh at this scene till this day 😂 #jazzymisfits #kmovie #funny #movieclips #fyp
Lelaki itu terlihat marah kerana wanita terbabit menganggunya pada waktu pagi dan rupa-rupanya wanita tersebut salah rumah. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Melayu.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat adegan itu kerana lelaki terbabit fasih berbahasa Melayu serta caranya bercakap seperti orang Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut adalah rakyat Malaysia dikenali sebagai SP3CK. Menerusi satu temu bual, dia adalah seorang penerbit dan pencipta lagu serta pernah bekerja dengan artis Korea terkenal seperti CHEETAH, Ravi dari VIXX, T-ARA, Vasco dan EXID.
Filem Jazzy Misfits ini sebenarnya sudah ditayangkan pada 2020 dan jika anda mahu lihat cameo SP3CK dalam filem ini bolehlah tonton ia.