Mungkin ada yang menganggap isu perkauman di negara kita tidak lah sehebat yang berlaku di negara-negara Eropah. Terutama dengan kes kematian George Floyd di Amerika Syarikat dan protes yang berlaku di sana mungkin kita menganggap isu ini bukanlah sesuatu yang ‘benar-benar’ berlaku di Malaysia.

Namun perkongsian oleh seorang doktor ini di Facebook pasti akan mengubah persepsi anda terhadap masalah tersebut yang sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat kita.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Walaupun negara dan seluruh dunia ketika ini dilanda pandemik Covid-19 namun doktor tersebut, Ram Kumar Rao seperti dilaporkan portal World of Buzz berkata beliau masih terpaksa berhadapan dengan isu perkauman di negara ini.

Jelasnya, perkara tersebut berlaku kepada dirinya sendiri apabila beliau mencuba untuk mencari rumah sewa di sekitar ibu kota sebelum ini.

“Kami perlu melaporkan diri ke Universiti Malaya pada 1 Jun 2020, dan saya mula mencari tempat tinggal beberapa minggu lalu.

“Hanya tuhan saja yang tahu berapa lama saya mencari bilik yang bersesuaian dengan bajet RM800-900 sebulan.

Beliau yang pada mulanya beranggapan bilik-bilik tersebut sudah disewa bagaimanapun mula terfikir ianya mungkin berlaku disebabkan isu perkauman.

“Jadi saya mula perkenalkan diri saya sebagai ‘Hi Dr Ram disini, saya berminat dengan … …” namun masih ‘blue tick’ dan tiada ‘reply’.

“Ada yang membalas dan melakukan temu janji namun dibatalkan sehari sebelum kerana ‘mereka lebih menyukai orang Cina!’.

“Ya inilah sebab yang saya terima,” jelasnya.

Untuk membuktikan perkara tersebut, dia kemudiannya meminta rakannya yang berbangsa Cina untuk membuat pertanyaan dan seperti dijangka, ejen tersebut membalas pertanyaan beliau.

Bagaimanapun, pertanyaan tersebut juga berakhir dengan kekecewaan apabila ejen tersebut hanya mahu memberi sewa kepada penyewa Melayu dan Cina sahaja.

Perkongsian yang dibuat beliau di Facebook itu kemudiannya mendapat perhatian dengan hampir 400 perkongsian.

Malah rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga masing-masing kecewa dengan sikap yang ditunjukkan sesetengah ejen tersebut yang mengamalkan sikap perkauman.

“Dan kita memanggil rakyat Amerika bersifat rasis,” tulis Saraswathy Subramaniam.

Malah seorang netizen Sherry Wafa yang juga mempunyai rumah untuk disewa di Kuala Lumpur juga turut berhadapan dengan perkara sama dengan ejen rumahnya.

“Mereka akan memberitahu saya ada dua Cina, dua Melayu dan dua India tetapi saya akan mengenepikan dua penyewa India tersebut.

“Bila saya bertanya mereka akan sentiasa memberikan jawapan seperti ‘tidak bagus dalam pembayaran dan mereka akan menghancurkan tempat anda,” ceritanya.

Jadi kepada anda yang masih menganggap isu perkauman bukan lah sesuatu yang benar-benar berlaku di negara kita mungkin perkongsian ini akan mengubah pandangan tentang perkara ini.

Isu perkauman adalah sesuatu yang tidak patut berlaku di negara kita dan segala perbezaan antara individu seharusnya diselesaikan secara persendirian dan bukannya menganggap sesuatu bangsa mempunyai karakter yang sama dengan individu tersebut.

Bersuara menentang perkauman bukanlah perkara yang diterima sesetengah pihak malah bintang bola sepak dunia Mesut Ozil sebelum ini digugurkan dari penajaan kerana bersuara mengenai kaum Muslim Uighur. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil

Tragedi George Floyd, Ilmuwan Non-Muslim Kagum Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme