Sebut mengenai rumah, pastinya hampir setiap individu mahu mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah kediaman dengan nama sendiri. Keadaan ekonomi semasa serta harga rumah yang semakin meningkat antara yang membuatkan orang ramai masih belum dapat memilikinya khususnya golongan muda.

Dalam pada itu, pasangan Ben Ali dan Nadiyah Shahab mempunyai persepsi berbeza di mana mereka lebih selesa untuk menyewa berbanding membeli sebuah kediaman impian.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun pasangan ini boleh dikategorikan sebagai pasangan yang berjaya dalam perniagaan yang diusahakan, Ben Ali bersama Nadiyah Shahab memilih untuk menyewa rumah semi D empat tingkat di Sungai Besi sejak tiga tahun lalu.

Sumber: mstar

Menurut Ben Ali, mereka sewaktu baru sahaja berumah tangga sememangnya mempunyai impian untuk mempunyai kediaman sendiri. Malah, mereka juga turut mencari beberapa lokasi rumah yang sesuai skietar Lembah Klang.

Walau bagaimanapun, meskipun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk membuat permohonan bank, Ben Ali memaklumkan tidak berminat untuk membuat pinjaman bank yang tinggi dan terikat dengan tempoh yang panjang.

“Saya membuat kiraan sendiri dan mendapati jumlah bayaran bulanan mencecah belasan ribu ringgit, ia termasuk untuk kos penyelenggaraan, utiliti dan sebagainya.

“Biarpun berkemampuan, namun saya lihat ia tidak berbaloi untuk membeli kediaman pada ketika itu,” katanya.

Menurut Ben, mereka kemudian membuat keputusan untuk menyewa kediaman yang memiliki rekaan dan keluasan yang hampir sama dengan rumah yang hampir dibeli itu di Sungai Besi.

“Dengan menyewa kediaman ini, kami hanya perlu bayar separuh daripada bayaran pinjaman bank sekiranya membeli rumah.

“Baki daripada bayaran itu, kami gunakan untuk membuat pelaburan. Hasilnya kelak akan kami gunakan untuk membeli tanah dan membina kediaman idaman,” katanya.

Menurut Ben, ada yang mencadangkan kepadanya supaya membeli kediaman sebelum menjualnya semula pada harga yang tinggi.

“Namun saya lihat ia tidak semudah itu kerana faktor lambakan kediaman tidak terjual. Pada pendapat saya, agak sukar memperoleh keuntungan daripada jualan rumah ketika ini,” katanya.

Menurutnya, ada juga pihak beranggapan, tindakannya itu hanya menguntungkan pemilik kediaman.

“Bagi saya, dalam hal ini sebenarnya sama sahaja dengan individu yang membeli kediaman kerana rumah itu masih dimiliki bank sehingga bayaran selesai selepas tempoh tertentu seperti 30 tahun.

“Dan perlu diingat, dalam tempoh 30 tahun itu, apa sahaja boleh berlaku termasuk rumah itu boleh ditarik bank sekiranya gagal menjelaskan pinjaman,” katanya.

Sumber: harian metro

Jelasnya, dalam hal pembelian rumah ini sebenarnya tiada yang betul dan salah kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dan objektif individu.

“Saya bukanlah tidak menggalakkan pembelian rumah namun saya mengharapkan setiap daripada kita, buat kajian mendalam sebelum membuat keputusan besar seumpama ini.

“Tanya kepada diri sendiri, pembelian rumah ini sebab terikut-ikut orang, diminta ibu bapa atau sememangnya berkemampuan.

“Jika masih belum bersedia, tidak perlu malu tinggal menyewa. Dalam tempoh itu, fokus lakukan perkara lain yang dapat menambah pendapatan seperti kembangkan perniagaan dan buat pelaburan,” ulas Ben Ali.

Sumber