Sebut mengenai Khairul Aming pasti orang ramai cukup mengenalinya. Tambahan pula di bulan puasa beliau kembali dengan segmen 30 hari 30 resipi, menu yang diajar Khairul Aming telah mencetus fenomena sehinggakan terdapat pasar raya turut menyediakan rak khas untuk bahan penyediaan minuman resipi Khairul Aming.

Beliau yang juga turut terkenal dengan produk Sambal Nyet, turut mengejutkan orang ramai selepas mendedahkan secara umum jumlah jualan yang dibuat secara live di media sosial.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian yang dibuat di media sosial pada Selasa lalu, Khairul Aming mendedahkan telah berjaya membuat jualan sekitar RM170,000.

Lebih membanggakan, jualan tersebut berjaya diraih dalam tempoh tidak sampai sejam sahaja berikutan jualan Sambal Nyet yang direbut orang ramai.

Difahamkan Sambal Nyet menjadi rebutan berikutan produk yang digunakan sewaktu berbuka atau waktu sahur ini tidak berada di pasaran sejak sebelum Ramadan.

Pengumuman penawaran Sambal Nyet sebanyak 13,000 botol oleh Khairul Aming sekaligus telah membuatkan orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

Setakat ini, Khairul Aming memaklumkan beliau sudah mempunyai dua kilang di mana kedua-dua kilang ini difokuskan untuk menghasilkan Sambal Nyet yang membolehkan produk ini ditawarkan lebih banyak dalam pasaran.