Aksi gelek penyanyi Baby Shima ketika membuat persembahan di Konsert Hausboom Music yang berlangsung baru-baru ini telah mengundang kecaman hebat daripada netizen apabila disifatkan keterlaluan, selain pakaian mencolok mata.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Baby Shima menganggap aksinya itu tidak keterlaluan dan malah dia gembira melihat penonton yang hadir turut terhibur dengan persembahannya.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@got_it_g0in/video/7277480564897238280?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7245115589919704577

“Saya rasa, gelekan saya itu tidaklah melampau dan biasa saja. Lagipun, penonton yang hadir pun terhibur dengan persembahan saya.

“Kalau tengok video yang saya kongsikan di Instagram saya pun, semua penonton terhibur. Tak ada pula yang rasa tak puas hati.

“Mungkin yang kecam itu kena datang tengok persembahan saya, baru mereka tahu gelekan itu biasa saja untuk nyanyian dangdut,” ujar Shima.

Tambahnya, dia tiada niat mencabar mana-mana pihak. Sebagai penghibur, katanya, dia hanya ingin menjalankan tanggungjawab diamanahkan penganjur dengan sebaiknya.