Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan  Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama bersama Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti kenaikan premium insurans perubatan dan satu garis panduan tegas akan dikeluarkan.

Memetik Buletin TV3, garis panduan tersebut akan menjamin harga kenaikan insurans perubatan itu terkawal dan tidak terlalu tinggi.

Baca Juga:

“Garis panduan tersebut dikeluarkan agar produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) dan pengendali takaful (ITO) mengambil kira beberapa hal”

“Bank Negara dan Kementerian Kesihatan akan menentukan ada kawalan supaya kenaikan itu tidak akan terlalu tinggi dan akan menimbulkan banyak masalah-masalah kepada pesakit dan masalah kepada peningkatan inflasi,” jelas beliau.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40% hingga 70% dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6% tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6% sewaktu sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Menurutnya, terdapat beberapa sebab kenaikkan berlaku. Antaranya threshold yang lebih rendah dalam negara, kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan yang tinggi.

Bagi mengatasi isu itu, kerajaan akan membatalkan komitmen kepada beberapa syarikat dan meminta Kementerian Kesihatan menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan.

“Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India dan China umpamanya yang dikaji dan tidak semestinya terikat dari Amerika atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi,” katanya

Tambah Anwar Ibrahim, garis panduan bagi menstandardkan kos Diagnosis-related group (DRG) juga akan dilaksanakakan bagi mengawal kos yang sebelum ini tidak dilakukan.

“Kita rujuk kepada pakar (specialist) dan dia tentukan tetapi ada garis panduan yang disebut Diagnosis-related group (DRG) ini tentang apakah munasabah kos untuk MRI atau CT Scan
sedemikian yang ditentukan, jadi ini harus dikawal,”

Memetik laporan itu lagi, pengenalan Rakan KKM dengan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga akan dilakukan. Pesakit boleh memilih beberapa kemudahan tambahan dengan kos yang minimum tidak di hospital yang sesak, tidak di sektor swasta yang terlalu tinggi kosnya.

Terdahulu, tular berita mengenai ramai pemegang polisi insurans kesihatan berasa terbeban selepas pembekal mengumumkan kenaikkan harga polisi yang keterlaluan tinggi.

Sumber