Baru-baru ini, dapat dilihat di TikTok beberapa video yang membangkitkan isu perkauman. Tidak hanya itu, perihal isu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 turut berlegar-legar di TikTok dan dikatakan banyak video memberikan amaran tentang kemungkinan tragedi itu akan berulang.
Tidak hanya itu, ada juga video yang menunjukkan anak muda ‘flex’ persediaan senjata mereka seperti parang dan sebagainya untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Baca Juga:
- PRU15: ‘TikTok Alat Promosi Kempen Pilihanraya Terbaik’
- Isu Langgar Kontrak, Pihak Syarikat Hanya Tuntut Kebenaran Daripada TikToker Terkenal Ini
- Puluhan Peniaga Bundle Mengamuk Kena ‘Scam’ Dengan Penganjur Dan Influencer TikTok
compilation of tiktokers yang spread hatred with caption "Yang Undi PH ni islam atas IC je ke" and so on :-
1/10 pic.twitter.com/Qc3rOFJlgL
— PAS Puusat (@PasPoosat) November 21, 2022
Siang tadi saya sebut yang di TikTok hangat dengan isu perkauman keras, sampai tunjuk kerambit dan parang.
Ini saya share, anda boleh tonton sendiri hasil carian 4 min, dipotong jadi 2 minit.
Perhatikan # yang digunakan di caption pic.twitter.com/dnvvFPJQRJ
— aku/saya 🇲🇾 (@bumilangit) November 21, 2022
Hal ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia dimana ia dilihat terlalu melampau dan tidak sepatutnya rakyat Malaysia berkongsi konten yang dilihat akan mengganggu keharmonian.
Menurut laporan, kini TikTok berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah memadam video yang melanggar garis panduan komuniti mereka dan mengatakan bahawa pengguna boleh melaporkan kandungan berbahaya pada platform menggunakan fungsi pelaporan dalam aplikasi.
“Di TikTok, kami tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk ucapan kebencian dan ekstremisme ganas. Memandangkan ia berkaitan dengan kandungan 13 Mei, kami segera mengalih keluar video yang melanggar garis panduan komuniti kami.
“Kami terus berjaga-jaga dan akan mengalih keluar secara agresif sebarang kandungan yang melanggar, termasuk video, audio, strim langsung, imej, komen, pautan atau teks lain,” kata TikTok
Malah, menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15, pihak TikTok mengatakan bahawa mereka sentiasa berkomunikasi dengan badan berkaitan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai akaun yang terlibat dalam ‘pelanggaran yang teruk atau berulang di platform’.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani turut memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kandungan provokasi yang boleh membawa kepada keresahan orang ramai.
SKMM turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kesopanan dalam talian dan menjauhkan diri daripada menyuarakan pandangan yang boleh mencetuskan kebencian kaum dan agama.