Bekas ratu cantik, Oanh Yen yang pernah memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea kini memilih hidup bersederhana bersama enam anaknya di kampung sebagai petani.
Menerusi laporan, selepas berpindah ke kampung, penampilan figura itu berubah dari memakai makeup tebal dan bergaya kepada hanya memakai makeup nipis dan juga berpakaian biasa.
Baca Juga:
- Tinggalkan Dunia Hiburan, Bekas Bintang K-Pop Ini Kini Bahagia Jadi Pemotong Rumput
- Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
- Atlet Muay Thai 16 Tahun Malaysia Berjaya Tewaskan Lawan Dalam Masa 16 Saat, Bawa Pulang RM44,000
Walaupun sudah meninggalkan dunia glamor tetapi peminat boleh melihat kehidupannya melalui media sosialnya. Dapat dilihat, figura itu masih mengekalkan bentuk badan walaupun sudah memiliki 6 orang anak.
Meski pun memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam, selain menjaga anak-anaknya di rumah.