TNG pada hari ini mengadakan acara pelancaran MissionGreenPossible: 100 million trees by 2025 dalam usaha menghijaukan bumi Malaysia dengan menanam pokok hasil sokongan pelbagai pihak. Dengan inisiatif ini, TNG menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025.

Misi ini dapat dijayakan dengan adanya kolaborasi bersama agensi kerajaan Yayasan Hijau Malaysia dan juga rakyat Malaysia. Difahamkan setakat 18 Oktober ini, agensi Yayasan Hijau telah menanam sebanyak 46.9 juta pokok dan dijangka bertambah dengan derma yang diterima menerusi TnG eWallet.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Apa yang menariknya pada kali ini adalah setiap kali anda menderma bakal disalurkan kepada ‘pokok maya’ dan sebaik mencecah 100% maka mereka akan memulakan operasi penanaman pokok di lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Sumber Gambar: The Vocket

Dalam pada itu, terdapat ruang pameran yang memaparkan informasi dan inisiatif dalam memberi pendedahan berkenaan usaha menghijaukan Malaysia dalam jangka masa panjang. Di samping itu, setiap derma yang diberikan bakal memangkin lagi usaha penanaman sejumlah jenis pokok yang berasal dari Malaysia sendiri.

Sumber Gambar: The Vocket

Di samping itu, penggunaan aplikasi TnG ewallet merupakan usaha dalam menuju ke arah cashless serta lebih mudah diakses semua orang. Anda boleh menderma secara terus di aplikasi TnG eWallet.

Selain itu, anda boleh menderma dari jumlah serendah RM0.01 sehinggalah RM5,000 yang mana pihak TNG sama sekali tidak mengambil sebarang cas di dalam kempen ini. Kesemua dana bakal disalurkan terus ke badan berkaitan dalam menjayakan misi mereka.

Sumber