Baru-baru ini PLUS telah mengumumkan bahawa tol RFID sudah mula beroperasi khusus secara rasmi buat pengguna lebuh raya di Wilayah Utara antara Hutan Kampung, Kedah dan Sungai Dua, Penang bagi kelancaran perjalanan orang ramai.
Pengumuman tersebut juga menandakan telah berakhirnya pilot-test tol RFID untuk diuji oleh orang awam dari bulan Julai tahun lalu di sembilan laluan tol iaitu Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara, and Hutan Kampung.
Lebih menarik lagi, tol-tol RFID ini turut dilengkapi dengan dengan sistem pengecaman nombor plat automatik, Automated Number Plate Recognition (ANPR) dan Toll Validation Center (TVC) yang akan menambah baik pengalaman pembayaran tol sebagai langkah awal kepada pelaksanaan tol lebuh raya tanpa palang, Multi-Lane Free Flow (MLFF) pada masa hadapan.
Setiap tol dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi di mana sistem ANPR akan menangkap dan merekodkan nombor plat kenderaan ke dalam sistem pengkalan data berpusat yang kemudiannya akan memadankan nombor tersebut dengan tag RFID yang sepadan.
Sekiranya berlaku transaksi yang bermasalah, TVC akan mengambil melihat maklumat yang ditangkap oleh ANPR untuk mengesahkan dan mengira kos tol yang tepat untuk pengguna laluan tol tersebut.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, ini merupakan pengalaman pertama buat industri lebuh raya tempatan dengan penggunaan RFID yang diintegrasikan dengan sistem ANPR dan TVC bersepadu dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) serta machine learning yang dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi pada lorong masuk dan keluar.
“Di PLUS, sistem ANPR dan TVC bersepadu akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID yang sering berlaku secara automatik tanpa mengganggu pengalaman perjalanan pelanggan di lorong-lorong tersebut,” terang beliau.
Tambah Datuk Azman Ismail lagi, beliau menjangkakan penggunaan lebuh raya Hutan Kampung-Sungai Dua bakal meningkat sebanyak 30% ekoran aktiviti merentas negeri dan daerah telah dibenarkan oleh pihak kerajaan.
PLUS juga sedang mengintai peluang untuk memperluaskan akses pembayaran tol RFID di semua lebuh rayanya dari Juru ke Skudai pada awal 2022 dengan kerjasama pihak Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG).
Bagi sesiapa yang mungkin akan menuju ke wilayah utara pada masa akan datang, bolehlah anda mencuba pengalaman baharu dengan menggunakan laluan tol RFID tersebut.
Pada masa yang sama, anda boleh ikuti panduan pemasangan dan penggunaan RFID yang betul seperti disarankan oleh pihak PLUS melalui Twitter rasmi mereka.
Kami berkongsi Tips bagi pelanggan sistem RFID Lebuhraya PLUS sedia ada khususnya di wilayah utara yang melakukan pembayaran tol menerusi teknologi RFID di plaza tol di Jambatan P.Pinang laluan Sg Dua-Hutan Kampung dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. @MOWorks@LLMrasmi@plustrafik pic.twitter.com/BcaZguBq55
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 31, 2021
Sementara itu, Malaysia bakal menguji kemampunan sistem tol tanpa palang di Lebuh Raya Besraya KM5.5 bermula pada awal tahun hadapan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022
Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular
Lorong Tol Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dihentikan Bermula 5 November