Kelantan United (KUFC) mencipta kejutan apabila mengumumkan kemasukan pemain skuad kebangsaan Palestin, Oday Kharoub bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Oday berusia 31 tahun dibawa masuk dari kelab Liga Premier Palestin, Hilal Al-Quds dan adalah tonggak utama skuad kebangsaan negaranya dalam kejohanan Piala Asia baru-baru ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Dia telah membantu pasukan itu layak sehingga ke pusingan kedua. Setakat ini Oday telah mendapat lebih 25 caps bersama Palestin.
Malah, pemain itu juga sanggup menolak beberapa tawaran kontrak dari kelab Jordan, Mesir dan Qatar setelah berakhirnya saingan Piala Asia 2023, bulan lalu demi berhijrah ke Malaysia.
“Saya memilih pasukan ini (Kelantan United) kerana sokongan rakyat Malaysia kepada kami sangat baik. Saya mahu tunjukkan kepada dunia bahawa kami masih bebas hidup termasuk bermain bola sepak.
“Saya gembira berada di Malaysia dan Kelantan kerana bila beraksi di luar negara saya turut membawa nama Palestin. Seperti diketahui, ramai rakan-rakan saya termasuk ketua jurulatih telah syahid akibat peperangan di Gaza,” jelas Oday Kharoub kepada pihak media.
Berdasarkan rekod, Oday telah beraksi selama 90 minit dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 menentang Iran, UAE dan Hong Kong.
Beliau juga sempat diturunkan selama 75 minit menentang Qatar di pusingan 16 namun tidak menjaringkan sebarang gol.
FIFA WORLD CUP | 2023 Asian Cup- Qatar end Palestine run, Jordan stun Iraq at Asian Cup
.
Qatari midfielder #20 Ahmed Fathy (R) fights for the ball with Palestinian midfielder #06 Oday Kharoub (L) during their Qatar 2023 AFC Asian Cup football match in al-Khor, Doha, on Monday. pic.twitter.com/yGTz5M2L95— Aseanews Oped (@AseanewsO) January 31, 2024
Penyertaan Oday Kharoub bersama Kelantan United FC adalah pengalaman pertamanya di luar negara kelahiran kerana sejak beraksi profesional pada 2012, dia hanya bermain di sekitar Liga Palestin sahaja.