Tonggak pertahanan kanan Cardiff City, Perry Ng bakal memperkuatkan skuad kebangsaan Singapura selepas tiba menyertai sesi latihan bersama pasukan tersebut semalam.
Beliau yang merupakan warga Britain memiliki darah keturunan Singapura daripada sebelah datuknya, namun perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa untuk mewakili negara tersebut.
Baca Juga:
Pemain yang berusia 28 tahun itu sudah lama mengimpikan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan demi keluarganya.
“Sejak datuk saya meninggal dunia kira-kira 12 tahun lalu, ia sentiasa menjadi impian saya untuk datang ke sini dan membanggakan mereka semua.
“Keluarga saya di sini tidak pernah melihat saya bermain, jadi untuk dapat beraksi di Stadium Nasional adalah impian yang saya harap jadi kenyataan. Ini hanyalah langkah permulaan saya,” katanya kepada pihak media.
Beliau adalah tambahan muka baharu dalam skuad seramai 28 pemain yang diumumkan ketua jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura. Selain Perry, Singapura juga bakal menaturalisasikan pemain dari Jepun, Kyoga Nakamura.
🇸🇬 TWO NATURALIZED PLAYERS INVITED TO JOIN SINGAPORE NATIONAL TEAM
🏴 Cardiff City’s Perry Ng and 🇯🇵 Kyoga Nakamura from BG Tampines Rovers have been invited to join up with the Singapore Men’s National Team for Centralised Training in September FIFA international window.#FAS pic.twitter.com/4AbXhaqcf8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 2, 2024
Jika proses dokumentasi berjalan lancar, Perry bakal beraksi bersama Singapura dalam perlawanan peringkat antarabangsa yang akan datang terutamanya Kelayakan Piala Asia 2027.
Perry juga terpaksa memohon visa beraksi dengan Cardiff City seperti mana pemain asing yang lain jika beliau mengambil keputusan untuk melepaskan kewarganegaraan Britain.
OFFICIAL: @CardiffCityFC's Perry Ng has joined 🇸🇬 Singapore training for the first time as part of a "familiarisation stint".https://t.co/uaypiwn2DT
— ESPN Asia (@ESPNAsia) September 2, 2024
Musim ini, Perry membuat penampilan dalam 4 perlawanan EFL Championship dan kerap membarisi kesebelasan utama Cardiff City.
Berdasarkan rekod, Perry sudah beraksi dalam 144 perlawanan bersama Cardiff City sejak 2021 dan menjaringkan 8 gol. Pemain itu dilanjutkan kontrak sehingga 2026 berdasarkan prestasi cemerlang pada musim lepas. .