Penumpang pengangkutan awam di Malaysia mesti tak tahu yang sebenarnya ada satu surat atau slip kelewatan tren yang boleh digunakan jika terdapat sebarang masalah yang terjadi semasa anda menaiki tren sehingga menyebabkan anda lewat datang kerja.

Melalui pendedahan dari seorang pengguna X bernama @_aidaans.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Beliau memuat naik foto ‘train delay slip’ yang diterimanya daripada pegawai bertugas RapidKL telah mencetuskan rasa ingin tahu netizen atau penumpang lain.

Kebanyakan mereka yang bertanya sebenarnya tidak pernah tahu mengenai kewujudan slip tersebut.

Dalam catatanya di media sosial, beliau menulis, “Hari ini saya baru tahu bahawa RapidKL ada mengeluarkan sijil kelewatan tren atas permintaan [penumpang]. Ini saya punya, diperoleh kerana gangguan pagi ini,” tulisnya.

Melalui slip yang dikongsikan oleh beliau, perjalanan beliau terganggu oleh kelewatan di Laluan Kelana Jaya semasa berulang-alik ke tempat kerja pada 23 Mei.

Ramai yang terkejut dengan maklumat ini kerana tidak ramai yang tahu bahawa RapidKL ada menyediakan slip ini kepada penumpang yang mengalami kelewatan.

Melalui perkongsian WeirdKaya, difahamkan bahawa RapidKL ada menyediakan ‘late slips’ untuk penumpang yang terkesan oleh gangguan MRT atau LRT.

Slip kelewatan ini disediakan sekiranya kelewatan melebihi 15 minit dan penumpang akan disediakan dengan bukti dokumentasi rasmi mengenai gangguan tersebut.

Langkah ini pastinya membantu penumpang yang mungkin menghadapi gangguan ke tempat kerja akibat kelewatan yang tidak dijangka.

Melalui slip yang dikongsi pengguna X tersebut, ia boleh digunakan untuk empat laluan utama: LRT Ampang/Sri Petaling Lines, LRT Kelana Jaya Line, KL Monorail Line, dan MRT Sungai Buloh-Kajang Line.

Dengan bukti dokumentasi ini pasti memberi ketenangan kepada penumpang yang bimbang tentang kesan kelewatan terhadap komitmen kerja mereka.

Bagi sesetengah penumpang, kesedaran tentang wujudnya slip ini mungkin masih baru.

Namun, langkah proaktif RapidKL dalam memastikan kesejahteraan penumpang ini dilihat dapat memberi perlindungan kepada penumpangan dan membolehkan mereka mengurus masa mereka dengan lebih baik.