Pengendali rangkaian restoran sushi utama Sushiro berkata ia akan menghentikan sementara penggunaan ‘conveyor belt’ sushi selepas anak muda Jepun kini telah menyalahguna perkhidmatan tersebut dengan bertindak menjilat sushi siap saji yang diletakkan di restoran, lapor Japan Times.

Akindo Sushiro Co. berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Jumaat bahawa pelanggan kini diminta untuk memesan makanan pada panel skrin sentuh dan bukannya mengambil makanan siap saji yang dihidangkan di atas pinggan yang bergerak di atas ‘conveyar belt’ yang akan melalui pelanggan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Langkah itu dibuat selepas video tingkah laku pengotor sebahagian pelanggan anak muda di pelbagai restoran mendapat jutaan tontonan dalam talian dan menerima kecaman meluas daripada pengguna maya. Kejadian ini menyebabkan Akindo Sushiro memfailkan aduan terhadap pelanggan awal minggu ini.

Selain itu, restoran Sushiro juga merancang untuk memasang papan plastik di antara tempat duduk dan ‘conveyar belt’ bagi mengelak sebarang sentuhan yang tidak perlu antara sushi dan pelanggan.

Manakala jika terdapat pelanggan yang merasa tidak senang untuk menggunakan cawan dan perasa yang disediakan di atas meja, pihak restoran akan menggantikannya dengan yang baru jika diminta untuk berbuat demikian.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, seorang pelanggan di cawangan Sushiro di Gifu Prefecture telah bertindak menjilat bahagian atas botol kicap yang terbuka. Dia kemudiannya menjilat cawan teh yang disediakan di atas meja dan kemudiannya menggosok sushi dengan jari telah diludah dengan air liur.

Gurauan tidak kena tempat ini telah menyebabkan sebahagian restoran tali sushi di Jepun menerima kesan kemerosotan stok. Selain itu mereka juga terpaksa mengeluarkan kos yang mahal untuk kebersihan dan tindakan undang-undang.

Beberapa video yang digelar ‘terorism sushi’ telah muncul di media sosial, termasuk Twitter dan TikTok dalam beberapa hari kebelakangan ini. Trend ini dikatakan sudah berlaku sejak beberapa minggu ini dan ada juga video yang dimuat naik sudah berusia bertahun.